Sunday, January 24, 2010

Profil Syarikat

Kasturi Klasik (M) Berhad telah ditubuhkan pada 26 Febuari 2007. Kemudian affiliate Koperasi Pembangunan Usahawan Mingomingo Malaysia Berhad ditubuhkan pada 1 Ogos 2009. Begitu juga dengan penubuhan Kasturi Klasik Trading Sdn.Bhd. Syarikat ini juga mendapat sokongan penuh daripada Suruhanjaya Koperasi Malysia dan koperasi-koperasi di Malaysia. Perniagaan Kasturi Klasik telah melebarkan sayap ke Indonesia melalui anak syarikatnya iaitu PT Kasturi Klasik, PT Kasturi Klasik Global, dan PT Kasturi Klasik International.

Kasturi Klasik (M) Berhad memulakan perniagaan ais krim lembut mingomingo pada tahun 2004 melalui Kasturi Klasik Enterprise dengan kiosk ais krim mingomingo pertama di pasaraya Jalan Masjid India. Berdasarkan sambutan yang hangat, KKMS menambahkan lagi pengeluaran ais krim di bawah jenama mingomingo.

KKMB telah melahirkan ramai usahawan hasil daripada program mentor mentee. KKMB telah mengorak langkah menubuhkan Kasturi Klasik Trading Sdn.Bhd. (KKT) pada awal tahun 2009 untuk menguruskan kilang ais krim dan mengedarkan pelbagai produk di bawah jenama mingomingo iaitu ais krim, tapai, bistro rakaniaga, coffeeplus dan ginseng jus.

No comments: